Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum
hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat
isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan
Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada
persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah
negeri itu dulu.
Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang
menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki
memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan,
kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas
membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur
isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.
"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika
seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak
kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.”
Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini
mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak
memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.
Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen
yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang
hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan
tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la
Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat
diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.
Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah
Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap
perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah
dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.
Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas
memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan
di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara
seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang
dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang
boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks
melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui
dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki
tersebut.
Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan
kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang
ditetapkan bagi zina.
Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan (
lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang
Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.
Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat
sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang
syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam
Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd
seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina
fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .
Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut
seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah
bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri
terlepas dari hukuman hadd.
Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami
perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang
hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia
tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.
Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?
Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam
bukunya yang terkenal “Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada
isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd
hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan
prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan
hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).
Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang
meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut
adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan
dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman
takzir.
Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan
Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang
sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.
“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas
tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak
dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu,
maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah
ia dihukumkan demikian.”
Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang
Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke
atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan
kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan
Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari
hukuman hudud.
Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik
“hudud Umno”. Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan
liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.
Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah
Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada
meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira
melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan
dihukum
Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih
melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah
bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud.
Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).
|
No comments:
Post a Comment