Saturday, October 22, 2011

Liwat isteri jenayah takzir

Dr Khairuddin Razali   
Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie: “Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.) Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman Hudud. Al-San’ani iaitu salah seorang tokoh ulama mazhab Hanafi menyebut dalam Bada’i al- Sana’i :
“dan demikianlah persetubuhan pada dubur lelaki atau perempuan tidak mewajibkan Hudud di sisi Abu Hanifah meskipun ianya adalah haram kerana persetubuhan tidak berlaku pada kemaluan depan, maka ia bukannya zina. Manakala di sisi kedua-duanya –Imam Muhammad dan Imam Hasan ( dua tokoh besar mazhab Hanafi) dan juga di sisi Imam Syafie perbuatan itu mewajibkan hukuman hudud.” (Bada’I al-Sana’i`, Juz 15, hlm 24). Ini kerana pada pendapat Imam Abu Hanifah zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.”
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 telah mengambil pendapat Imam Syafie dan Mazhab Syafie dalam mengkategorikan jenayah liwat sebagai Hukuman Hudud dan tidak menkategorikan liwat isteri sebagai Hukuman Hudud.

Hukuman jenayah dalam Islam terbahagi kepada tiga. iaitu Hukuman Hudud, Hukuman Qisas dan Hukuman Ta’zir. Kesalahan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hudud dan Qisas dimasukkan dalam kategori Ta’zir. Kadar Hukuman Hudud telah ditetapkan oleh Allah antaranya zina yang mesti disebat atau dibuang negeri. atau direjam Kadar Hukuman Ta’zir pula boleh diijtihad oleh para ulama dan pemerintah berdasarkan beberapa peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

Zulkifli Noordin ‘jahil murakkab’ tentang hudud

Mohamed Hanipa Maidin   
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu. Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.
"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.”
Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.
Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.
Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.
Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.
Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.
“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

Sampai bila 'Hang Nadim' mahu terus dibunuh

PETALING JAYA, 22 Okt: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menilai tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Prof. Dr. Abdul Aziz Bari beberapa hari lalu – meminta surat tunjuk sebab dan menggantung tugas beliau - sebagai satu lagi manifestasi penerusan politik membuli dan campur tangan terhadap pelbagai institusi penting negara yang semakin mengggila sekarang ini.
“Gejala seburuk ini tidak mungkin berlaku di mana-mana negara yang dianggap maju dan tinggi martabat akademiknya, kata Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.
Katanya, sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa, UIAM sewajarnya memiliki kebebasan akademik dan keterbukaan dalam memberikan pandangan khususnya dalam bidang kepakaran dan pengkhususan ahli akademik yang terlibat.
Beliau berkata, UIAM sepatutnya tidak harus memberikan reaksi yang menampakkan ia dipengaruhi oleh pihak luar yang boleh menjejas imej dan martabat akademiknya.
Seharusnya, kata beliau kenyataan Dr Aziz itu perlulah dilihat dari perspektif seorang pakar perlembagaan yang sememangnya diiktiraf, berautoritatif dan menjadi rujukan akademik sekian lama.
“Ia perlulah dihormati, dihargai dan dinilai sebagai pandangan profesional semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Diangkut dan ditarik dari masjid UIA

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.

NONE“Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata mereka enggan bertolak-ansur dan kemudiannya bertindak mengheretnya ke kereta.

Beliau berkata mereka yang tidak berpakaian seragam itu juga tidak menunjukkan sebarang kad pengenalan diri dan bertindak dengan cara yang kasar.

Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'

Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

Tokoh akademik Universiti Malaya sokong Dr Aziz


KUALA LUMPUR: Tokoh-tokoh akademik daripada universiti tertua di Malaysia kelmarin memberi sokongan mereka kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar), sambil menggesa pihak-pihak berkenaan supaya menamatkan satu 'pencemaran melampau' terhadap kebebasan akademik.
Siasatan polis serta langkah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggantung Dr Abdul Aziz harus digugurkan segera, kata Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dalam kenyataannya. Ia juga mempertahan kenyataan Dr Abdul Aziz yang mengkritik tindakan Sultan Selangor sambil berkata 'satu kritikan terhadap Raja adalah sah jika ia bertujuan menunjukkan secara membina bahawa Raja berkenaan tersilap'. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini berkata bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menemui bukti berlakunya usaha menarik penganut baru oleh sekumpulan bukan Islam dalam majlis makan malam yang diadakan di Gereja Methodhist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu, tetapi menambah ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang lanjutan. Berikutan kenyataan Dr Abdul Aziz bahawa campur tangan diraja itu agak 'luar biasa dan tidak konsisten' serta seharusnya dilakukan sejajar dengan ajaran Islam, beberapa ahli parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) menggesa agar tindakan diambil terhadap pensyarah undang-undang di UIAM itu.

Pemansuhan semakin dibidas

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
 

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan Malaysia memansuhkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) semakin dibidas hebat, dengan hanya lebih sebulan lagi tempoh persekolahan bakal ditutup tahun ini.
Selepas dilaksanakan selama sembilan tahun, PPSMI akan digantikan dengan dasar terbaru, Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi membolehkan para pelajar di negara itu memartabatkan bahasa Melayu selain turut mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Minggu lalu, seorang pelajar tingkatan tiga menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta mereka menimbangkan semula pemansuhan PPSMI, menurut satu laporan laman berita Free Malaysia Today (FMT), semalam. Kali ini, seorang mahasiswa universiti pula mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia menimbangkan semula langkah itu, sambil berkata kegagalan rakyat Malaysia menguasai beberapa bidang penting dalam bahasa Inggeris akan menjunamkan negara tersebut ke alam pengasingan sama seperti Korea Utara. Dalam suratnya kepada Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), pelajar berkenaan, yang menggunakan nama 'Nate Light', menegaskan bahawa kerjasama antarabangsa dilakukan dalam bahasa Inggeris bagi memudahkan jalinan hubungan berdaya maju di kalangan bangsa-bangsa yang berbeza. 'Seorang saintis dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) tidak akan memahami kertas kajian fizik dan istilah matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu,' kata Light. 'Dalam dunia yang disejagatkan, tidak ada permintaan bagi para karyawan yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Dunia luar akan berpaling ke negara-negara lain yang menawarkan karyawan fasih berbahasa Inggeris dan meninggalkan kita bersendirian,' tambahnya. Bagaimanapun, ia tidak membimbangkan Timbalan Menteri bagi Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika melancarkan simposium sulung, Silicon Valley Comes To Malaysia, pagi semalam. Sedang beliau akur bahawa kefasihan bahasa adalah sebahagian penetapan minda seorang usahawan, Datuk Saifuddin berkata pihak universiti mempunyai instrumen Skala Kemahiran Insaniah (3S) bagi mengukur kefasihan bahasa.

cyBerita Spore

Thursday, October 20, 2011

Liwat isteri: Ulasan Zul Noordin cetus kekecohan

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas) menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Tuduhan tersebut dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.
Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.
Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.
"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.

Tindakan UIA gantung Aziz Bari tak bertamadun

KOTA BHARU, 20 Okt: Pelbagai pihak di negeri ini meluahkan rasa terkilan dan menganggap sebagai tidak bertamadun di atas tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.
“Saya cukup terkilan, sepatutnya pakar undang-undang perlembagaan itu sebagai aset negara kerana berani mengupas dalam konteks yang sedikit berbeza.
“Tetapi UIA terpaksa akur kepada BN, menghalang percambahan pemikiran. Inilah malangnya apa yang berlaku sekarang.
”Kerana tindak tanduk seumpama itulah UIA sehingga kini gagal dan terhalang daripada menjadi universiti yang berkualiti,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan.
Beliau yang juga bekas pensyarah kanan di UIA meluahkan terkejut di atas tindakan tersebut, sepatutnya ia tidak berlaku dalam masa begitu pantas.
Semalam Dr Abdul Aziz dilaporkan menerima surat tunjuk sebab daripada UIA berkaitan pandangannya sebagai seorang ahli akademik terhadap titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.