Monday, March 22, 2010

Gunung berapi meletup di glasier

Gunung berapi meletup di glasier

REYKJAVIK, Iceland 21 Mac - Pihak berkuasa memindahkan beratus-ratus penduduk selepas berlaku letupan gunung berapi di bawah glasier di selatan Iceland.

Agensi perlindungan awam Iceland, hari ini melaporkan, letupan itu berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam semalam di bawah glasier kelima terbesar di Iceland, glasier Eyjafjallajokull.

Gunung berapi itu ditutupi litupan ais.

Bimbang glasier itu cair dan menyebabkan banjir, pihak berkuasa telah bertindak memindahkan kira-kira 400 penduduk di kawasan Reykjavik sebagai langkah berjaga-jaga, namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan, kata Pengurus Jabatan Perlindungan Awam Icelandic, Vidir Reynisson.


Amaran kecemasan dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal dalam kawasan 160 kilometer dari glasier.

"Kami setakat ini belum mengetahui tahap sebenar letusan itu tetapi pasukan kami sudah dihantar ke situ bagi menilai situasinya," kata Reynisson.

Kepulauan gunung berapi Eropah di Atlantik Utara, Iceland adalah gurun Artik yang mempunyai gunung-ganang, glasier, gunung berapi dan kawasan pertanian di tanah rendah yang terletak berhampiran pinggir laut.

[sumber]

No comments:

Post a Comment