Friday, July 1, 2011

Bolasepak Liga Super Malaysia

Dalam diam tak diam Liga Super Malaysia akan sampai ke penghujungnya minggu depan. Sudah semestinya dalam perebutan kedudukan liga akan ada pasukan yang di atas dan seterusnya terkebawah.

Perebutan juara liga super tahun 2011 adalah antara 3 pasukan iaitu Kelantan, Selangor dan Trengganu. Secara kiraan matematiknya perebutan sebenar adalah antara Kelantan dan Selangor sahaja. Dalam kiraan mata terkumpul setakat ini pasukan Trengganu agak mustahil untuk memintas Kelantan. Andai Trengganu menang dan Kelantan tewas sekalipun
Trengganu tidak mampu memintas Kelantan kerana jumlah perbezaan jaringan gol yang besar yang dimiliki Kelantan iaitu 6 golberbanding Trengganu. Namun jika Trengganu menang ke atas Felda United dengan jaringan 5 gol dan Kelantan tewas kepada Sabah dengan jaringan 2 gol baru Trengganu mampu memintas Kelantan.Dalam permainan bolasepak moden sekarangi ni perlu berlaku satu keajaiban untuk membuat jaringan yang besar terhadap pasukan yang mempunyai kekuatan seimbang. Kecuali kemenangan terhadap pasukan yang sememangnya menjadi pasukan belasahan.

Perkiraan antara Kelantan dan Selangor pula memang senang iaitu Kelantan kalah dan Selangor menang, maka Selangor akan bergelar juara walaupun Trengganu mencapai kemenangan yang besar. Pasukan Kelantan pula hanya perlu sekurang-kurangnya seri dengan Sabah untuk muncul juara, walaupun Selangor dan Trengganu menang kedua-dua pasukan ini tidak akan mampu memintas Kelantan.

Perlawanan pasukan bawahan liga juga amat penting kerana semua pasukan tidak mahu turun ke liga yang lebih rendah pada tahun hadapan. Nampaknya selain daripada Perlis yang memang terpaksa turun ke Liga Premier, 2 pasukan lagi yang cuba mengelak untuk diturunkan iaitu K. Lumpur dan Pahang. Jika dilihat dari kedudukan mata dan jumlah baki perlawanan, Pasukan Pahang bakal diturunkan ke Liga Premier tahun depan kerana Pahang memiliki mata kurang satu daripada K. Lumpur dan permainan juga kurang satu dari seterunya itu.

Ada desas-desus mengatakan FAM akan akang mengurangkan pasukan yang bertanding dalam Liga Super musim depan kepada 12 pasukan berbanding sekarang 14 pasukan. Apa akan jadi denga pasukan K. Lumpur, PKNS dan Sarawak yang sepaptutnya berada di Liga Super Musim depan?

Jika benar desas-desus itu benar, pasukan mana yang bakal menjadi mangsa? Apa yang saya fahami, pasukan Harimau Muda A tidak akan beraksi lagi dalam liga super musim depan, Ini bermakna tinggal 13 pasukan saja lagi dalam liga, adakah pasukan yang menduduki tangga ketiga terbawah atau akan ada perlawanan playoff antara Pasukan di tangga ketiga terbawah Liga Super dengan pasukan tempat kedua liga Premier?

Sama-sama kita tunggu dan lihat, moga-moga tidak ada usaha untuk menyelamatkan pasukan Pahang daripada tersungkur ke liga Premier. Biar pasukan tersebut berjuang secara anak jantan dalam baki perlawanan yang ada dengan mengharapkan K. L tewas dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Majulah Sukan Untuk Malaysia.

WN

No comments:

Post a Comment