Wednesday, July 22, 2009

Surau Baru Dalam Pembinaan




Sejarah Ringkas

Surau Kampung ku telah mula dibina sewaktu aku masih kecil lagi. Mungkin sebelum itu ianya telah ujud. Kewujudannya di atas tanah milik persendirian. Aku masih ingat sewaktu masih kecil ia dipindahkan tempat tetapi masih di tanah pemilik yang sama. Dengan sedikit bantuan dan semangat gotong -royong penduduk maka ujudlah ia dengan tidak seberapa. Berlantaikan kayu, berdindingkan papan dan beratap zink. Walaupun kepanasan, itulah tempat aku dan seluruh warga kampungku bersembahyang jemaah, belajar mengenal agama Allah. Berkumpul dan berbincang walau hanya diterangi dengan lampu minyak tanah.

Tanpa bekalan aip paip, kami bergantung sepenuhnya kepada air perigi. Aku dan kawan-kawanku bergilir-gilir mengangkut air ke dalam kolah dan bergilir-gilir memasang api lampu minyak tanah (gasolin). Sehingga pertengahan tahun 1980an baru elektrik masuk ke kampung kami.

Peredaran masa, pemilik tanah telah meninggal dunia. Harta dibahagikan kepada anak-anak, maka kami mengambil keputusan selepas perbincangan untuk memindahkan surau itu memandangkan terlalu uzur, tapak sedia ada telah berpindah tangan dan lokasinya sudah semakin tidak sesuai. Dengan harapan perpindahannya bakal mendapat lebih jemaah dan lebih selesa untuk semua.